
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir bersyukur apabila rakyat Malaysia masih memelihara adab dan saling menghormati antara satu sama lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Lagi Perjalanan Baru Akan Bermula’ – Hantaran Shiha Zikir Cetus Tanda Tanya
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Bidas Netizen Hina Bengap Selepas Kongsi Foto Berhijab – ‘Macam Ini Ke Cara Yang Betul Nak Tegur?’
Syukur

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir, 37, mendedahkan pengalamannya mengembara ke negara asing menyedarkanya betapa berharganya budaya kesopanan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Saya pernah mempunyai pengalaman ketika berada di sebuah negara tetapi ketika itu saya benar-benar rasa mahu pulang ke tanah air segera.
Bukan kerana tempatnya tidak cantik atau tidak menarik, tetapi kerana layanan masyarakatnya yang membuatkan saya kurang selesa.
Waktu itu saya sedar rakyat Malaysia sebenarnya hebat dari segi budi bahasa.
Shiha berkata demikian ketika majlis pelantikan sebagai duta SFJ Group yang diadakan di Sepang, Selangor pada Sabtu.
Mengulas lebih lanjut, penyanyi lagu Renjana itu berkata meskipun amalan budi bahasa itu merupakan perkara yang biasa di negara ini namun ia merupakan perkara yang luar biasa buat masyarakat di negara luar.
Kalau kita tak keluar negara, kita tak nampak. Kita dah terbiasa dengan ucapan seperti ‘apa khabar’ dan ‘dah makan’, tetapi di sesetengah negara, ucapan sebegitu bukan perkara biasa.
Sebab itu saya rasa sangat bersyukur menjadi anak Malaysia.
Walaupun ada perkara negatif, itu lumrah manusia. Namun secara keseluruhan, rakyat kita masih mengekalkan nilai hormat-menghormati dan budi bahasa. Saya harap Malaysia akan kekal aman dan harmoni selama-lamanya.
Sedih

Sementara itu, Shiha meluahkan rasa sedih dengan situasi yang berlaku di Indonesia baru-baru ini di mana penunjuk perasaan yang menzahirkan bantahan terhadap pelbagai isu, termasuk berkaitan elaun diterima wakil rakyat serta dana pendidikan.
Sebagai orang yang pernah bekerja dan mencipta nama di Indonesia, bila tengok situasi yang jadi sekarang, saya sedih sangat. Sebenarnya saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku sampai jadi situasi macam itu.
Cuma saya tengok klip rusuhan di media sosial. Terkejut juga, sebab rakyat Indonesia pun sebenarnya sangat bersatu padu.
Waktu saya pergi sana untuk urusan kerja sebelum ini pun, saya suka tengok orang-orang di sana yang beri sokongan lain macam.
Malah, semasa saya buat ‘meet and greet’, sambutan peminat di sana pun luar biasa. Semangat mereka sangat kuat. Jadi saya harap yang terbaik untuk Indonesia. Harap keadaan di sana dapat terkawal secepatnya






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

