berita

Saya Bertuah Jadi Isteri Bayu – Jue Aziz Akui Nikah Di Indonesia

May 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

jueaziz

Sekitar minggu lalu, khabar angin bertiup kencang mengatakan pelakon Zuliana Abdul Aziz atau lebih mesra disapa Jue Aziz sudah bernikah dengan seorang gitaris dari Indonesia yang dikenali sebagai Bayu.

Artikel Berkaitan: Inai Di Jari Kuatkan Spekulasi Pernikahan Jue Aziz & Gitaris Dari Indonesia

Malah, dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila Jue dikatakan sering membawa jejaka itu ke lokasi penggambaran dan turut memperkenalkan Bayu sebagai suaminya.

Hari ini, semuanya terjawab apabila Jue mendedahkan dia sememangnya sudah berkahwin pada Mac lalu dan mengakui dirinya bertuah menjadi isteri kepada jejaka itu.

juebayu

Menurut laporan Kosmo! hari ini, Jue berkata dia sudah berkahwin pada 9 Mac lalu selepas berkenalan dengan Bayu selama empat bulan.

Ya saya sudah berumahtangga dan kini merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumahtangga di kampung halaman suami di Makassar, Indonesia. Tak dinafikan ia berlalu dengan pantas, saya anggap ini semua adalah jodoh kami berdua.

Bayu seorang lelaki yang sangat baik dan saya rasa cukup bertuah kerana menjadi isterinya. Biarpun kami sudah berkahwin, dia tetap menyokong kerjaya saya sebagai pelakon.

Dalam pada itu, Jue berkata majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada tahun hadapan kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya.

Apapun, kami doakan rumahtangga Jue dan Bayu kekal bahagia selama-lamanya