Pempengaruh dan usahawan, Jofliam kembali menuai perhatian ramai apabila meluahkan rasa kesal terhadap bekas isterinya, Cik Epal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dewi Kongsi Kronologi Sebenar, Dakwa Cik Epal Mengamuk & Campak Barang Rumah – ‘Dia Tarik Saya Hemp*p Ke Lantai, Cak*r Muka’

Artikel Berkaitan: Cik Epal Kongsi Luka Di Wajah, Dedah Pernah Kongsi Bayar Sewa Rumah Dengan Jofliam – ‘Kau Ingat Aku Hamak Sangat Ke?’

Jofliam dakwa Cik Epal terus buka aib keluarga?

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar mendakwa Cik Epal masih terus membuka aib rumah tangga di media sosial walaupun sudah hampir setahun berpisah.

Ujar Jofliam, perkara tersebut dianggar tidak wajar dilakukan kerana isu keluarga sepatutnya boleh diselesaikan secara peribadi.

Sampai bila perempuan ini nak canang hal keluarga.

Benda boleh ‘private’, dia suka besarkan canang satu dunia.

Bila saya muat naik ‘full conversation’, nampak diri sendiri bodoh putar belit.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak beranggapan Cik Epal seharusnya bersyukur kerana dirinya masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.

Saya di sini berusaha keras mencari rezeki untuk anak-anak saya dan orang yang nak menghancurkan saya adalah mak kepada anak-anak saya sendiri.

Bersyukurlah, saya masih jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah pada anak-anak saya.

Menerusi perkongsian yang sama, Jofliam meminta Cik Epal untuk ‘move on’ dengan perpisahan yang berlaku dan memberikan sepenuh fokus untuk membesarkan dua anak mereka.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Posting Jofliam

Sumber: IGs Jofliam