Pelakon, Janna Nick pernah mempunyai niat untuk menjalani pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas untuk menguruskan badan.
Utamakan kesihatan
Menerusi laporan Astro Gempak, Janna berkata niat tersebut tidak menjadi kerana dia memilih untuk kurus dengan cara yang lebih sihat seperti melakukan senaman dan menjaga pemakanan.
Saya pernah terfikir untuk kurus dengan melakukan pembedahan tersebut. Tapi pada saya lebih baik diet dan buat senaman. Itu lebih sihat dan bagus. Namun, saya ada masalah dengan masa. Jadual kerja saya padat sehingga tak ada masa untuk bersenam. Sekarang banyak cara untuk kurus. Saya boleh pilih jalan pintas kalau mahu tapi saya utamakan kesihatan. Apapun saya happy dengan keadaan fizikal saya sekarang. Saya boleh kurus bila habis penggambaran.
Tambah Janna, dia berasa tidak terkilan dengan segelintir individu yang menegur dirinya kelihatan ‘berisi’.
Saya tak terkilan dan terasa. Saya jadikan sebagai pembakar semangat.
Sumber: Astro Gempak