Pelawak Harith Iskander dan isteri, Dr Jazemin Lim tampil memberi penjelasan tentang keputusan mereka untuk bercerai.
Artikel berkaitan: Isteri Harith Iskander Fail Cerai, Belum Bersedia Kongsi Punca Masalah Rumah Tangga
Artikel berkaitan: Isteri Harith Iskander Tidak Berpuas Hati Pembuli Esha ‘Alpha Quinn’ Didenda RM100 – ‘Wajah Sombong & Kelakuannya Semasa Keluar Mahkamah’
Lebih selesa berkawan
Menerusi perkongsian sebuah podcast di Youtube The Rakyat Post, Harith berkata, keputusan yang diambil bukan secara mendadak dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pertahankan rumah tangga mereka.
Proses itu sudah berlangsung sudah agak panjang, kami ada turun naik. Saya buat hal dan banyak melakukan kesilapan. Jazemine sangat mengagumkan untuk memberi saya kemaafan.
Dia sangat bekerja keras untuk pertahankannya. Ya banyak proses kami tempuhi, pergi kaunseling rumah tangga, bercakap dengan kawan-kawan tapi dalam proses itu pun ia masih belum berakhir dan kami masih cuba pertahankan.
Ada tempoh di mana kami tidak mesra sebegini sebab hal menyakitkan yang saya cetuskan. Keputusan ini adalah atas kata sepakat kami bersama.
Pada satu tahap, saya sedar kami lebih selesa berkawan baik dan tak nak rosakkan ikatan itu. Kami tak nak rosakkan hanya kerana kami bukan lagi pasangan berkahwin.
Disoal mengenai punca masalah rumah tangga mereka, Harith enggan mendedahkan secara spesifik kerana mahu menjaga hati anak-anaknya.
Saya takkan cuba cari alasan, saya buat perkara bodoh sebagaimana ramai lelaki lain lakukan. Ingatkan lelaki pada usia saya tahu lebih baik, lelaki tak pernah belajar. Bukan semua, tapi saya ya.
Sepanjang itu, dia sangat kuat. Saya tak mahu memperincikan kerana kami ada anak yang masih muda. Mereka pasti akan menonton ini. Kami berbincang dengan mereka secara peribadi.
Sementara itu, Harith memaklumkan sudah duduk berbincang dengan anak-anaknya mengenai perceraian mereka dan meskipun kecewa, mereka bijak mengendalikan berita tersebut.
Dalam fikiran mereka, mereka akan berpecah. Kami yakinkan mereka kami akan terus sayang mereka sama saja dan tiada apa-apa berubah.
Alhamdulillah, sejak perbincangan itu, mereka boleh menerimanya. Saya tak cakap mereka faham sepenuhnya tapi kami yakinkan mereka pintu sentiasa terbuka untuk mereka bertanyakan apa-apa saja kepada kami.
Dalam setiap perkahwinan, ada perkara yang akan berubah tapi kami lupa bahawa betapa akrabnya kami sebagai rakan karib. Memang kami bertengkar, tapi tak mahu ia beri kesan pada anak-anak.
Mengulas lanjut tentang hak penjagaan anak-anak mereka, Harith memberitahu tiada perubahan dalam rutin menguruskan keluarga mereka meskipun tidak lagi sebumbung.
Jazemine dapat jagaan penuh dan saya dapat hak lawatan penuh. Kami mahu kekalkan rutin kami sama seperti sebelumnya. Saya akan tinggal berdekatan mereka.
Nafi didera
Dalam pada itu, Jazemine menegaskan spekulasi tentang dirinya didera adalah tidak benar dan akui terkejut menerima mesej serta komen yang bukan-bukan tentang perceraian mereka.
Ada orang cakap dia berkasar dan mendera saya tapi ia tak betul sama sekali. Hentikan spekulasi.
Saya ada ratusan mesej adakah punca kamu bercerai disebabkan Harith sudah tidak kelakar? Ada yang tanya kalau ia disebabkan pihak ketiga, soal kewangan atau apa.
Pada 8 Julai lalu, Jazemine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jazemine telah mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Sumber: Youtube