berita

‘Saya Buat Kerana Saya Tercabar Dengan Suami’ – Mia Ahmad

October 31st, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi Roslan dikatakan berantakan selepas Mia Ahmad memadam semua foto suami di Instagram miliknya.

Namun, menerusi Berita Harian penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menafikan tuduhan dibuat yang kononnya dia berlaku curang. Menurutnya, dia tidak pernah mengenali wanita yang didakwa kekasihnya itu.

Saya tercabar dengan suami

Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling. Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.

Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya. Apa jadi selepas ini, saya reda.

Menurut Mia, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh. Dia juga tidak mampu menjangka lebih jauh jika tindakannya bakal mengundang perkara tidak diingini.

Sementara itu, Izham yang berada di sisi Mia ketika dihubungi, mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

Kurang pasti motif lelaki tersebut

Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.

Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya.

Tambah Izham, ketika ini, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.

Saya nak selamatkan rumah tangga ini

Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini.

Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak. Ketika ini siasatan terperinci sedang dibuat.

Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu. Mia Ahmad dan Izham berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

Sumber : Berita Harian

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×