Penyanyi Noh Salleh menyambut ulang tahun yang ke-38 di Konsert Patah Hati yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.
Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Sebab Ludah Atas Pentas, Ramai ‘Back Up’ Noh Salleh Selepas Tonton Video Situasi Sebenar
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Bukan Sengaja Meludah, Didakwa Terkena Renjatan Elektrik
Artikel Berkaitan: Belum Sedia Bertemu Media, Noh Salleh Pasang ‘Bodyguard’?
Mohon maaf
Menerusi laporan Harian Metro, Noh menyatakan tema konsert pada malam itu menyerupai kisah hidupnya.
Menurut Noh, Konsert Patah Hati itu sangat bermakna buat dirinya kerana ibu dan bapanya turut hadir.
Tambah Noh, 38, dia menyedari bahawa dirinya bukanlah seorang anak yang baik. Perkara yang paling teruk padanya adalah apabila dia mematahkan hati kedua orang tuanya.
Sempena ulang tahun saya yang ke-38 ini, saya tahu saya bukan anak yang baik. Saya banyak mengecewakan mereka.
Dalam ramai-ramai yang saya patahkan hati seperti peminat, wartawan, bekas teman wanita tapi saya rasa dosa yang paling dahsyat adalah bila saya patahkan hati kedua ibu bapa saya.
Di malam Konsert Patah Hati itu, pelantun lagu ‘Aku Scandal’ tersebut memohon maaf pada kedua ibu bapanya atas segala kesilapan dirinya di hadapan lebih 2,400 penonton yang hadir.
Sumber: Harian Metro