Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Beby Maembong, tampil memberikan respons berhubung tuntutan undang-undang berjumlah RM80 juta yang didakwa difailkan oleh usahawan kosmetik, Safiey Illias.

Artikel Berkaitan: Dakwa Reputasi Terjejas, Safiey Illias Fail Tuntutan RM80 Juta Terhadap Beby Maembong?

‘Saya bukan berdiam diri’

View on Threads

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, menegaskan bahawa dia tidak melarikan diri, sebaliknya memilih untuk bertindak berdasarkan nasihat daripada peguamnya.

Saya bukan berdiam diri, tetapi bertindak atas nasihat peguam saya.

Media sosial bukan tempat untuk saya menegakkan keadilan atau menyelesaikan perkara undang-undang.

Ujar Beby, dia akan mencari keadilan melalui saluran mahkamah bagi menjawab segala tuntutan yang dikemukakan oleh pihak Safiey.

Saya akan mempertahankan diri dan menegakkan keadilan melalui saluran yang betul.

Mengulas mengenai dakwaan Safiey yang memintanya menjawab panggilan atau menyertai sesi siaran langsung di TikTok, Beby menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Safiey menerusi notis tuntutan bertarikh 5 Januari 2026 telah mengarahkan Beby Maembong untuk membayar ganti rugi sebanyak RM80,000,000.00.

Usahawan kosmetik itu mendakwa kenyataan Beby di platform X berkaitan isu disenaraihitamkan oleh bank telah menjejaskan reputasi perniagaan dan keluarganya.

Selain pampasan wang ringgit, Safiey turut menuntut pelbagai dokumen peribadi dan deklarasi harta dikemukakan dalam tempoh tujuh hari, selain mengancam untuk melibatkan agensi penguatkuasa seperti LHDN, PDRM dan SPRM sekiranya tuntutan tersebut gagal dipenuhi.

Sumber: Threads Beby Maembong