Susulan daripada persembahan Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali di pentas AJL35 semalam dilihat kurang memuaskan telah dapat pelbagai respon. Pelbagai respon yang diterima apatah lagi melihat Nabila telah mencuba sebaik mungkin di pentas AJL35.
Artikel berkaitan: 2 Kali ‘Terbabas’, Nyanyian Nabila Razali Di AJL35 Paling Teruk?
Artikel berkaitan: ‘You Did Well’ – Neelofa Puji Nabila Razali
Walau bagaimanapun, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengundang kecaman apabila memuat naik status di laman Twitter seolah menghentam persembahan Nabila Razali. Bagaimanapun, status berkenaan telah diturunkannya.
Perlu menghormati orang
Rakan artis termasuk Dato Fazley Yaakob kelihatan sempat menangkap layar status Hafiz Hamidun dan berkongsi di laman Twitter. Status Hafiz Hamidun itu memberi bayangan ditujukan kepada salah seorang finalis AJL35 yang membuat persembahan.
Chef selebriti itu berpendapat sebagai manausia kita juga perlu menghormati orang lain dan diberi peluang untuk seseorang itu terus belajar berkali-kali.
Peluang Kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan.
Pujian dari rakan artis
Sementara itu, turut kelihatan juga rakan artis seperti pelakon Mira Filzah memuji keberanian terhadap persembahan Nabila Razali. Begitu juga, penyanyi Haqiem Rusli menerusi perkongsian di laman Twitter hanya kelihatan memuat naik status ringkas ‘Stop cyber bully’.
‘Biarlah mereka nak mengecam’
Ekoran itu, Hafiz Hamidun menerusi laporan Gempak tampil memberi respon status yang dianggap memberi sindiran terhadap penyanyi wanita itu.
Biarlah kalau mereka nak mengecam saya. Saya bukan kutuk tapi itu pandangan peribadi sebagai peminat lagu itu. Bayangkan, lagu yang satu Malaysia suka tapi tidak kesampaian, itu saja. Tetapi ciapan saya itu buat peminat Nabila marah.
Its okay, saya tidak berkecil hati pun. Saya sentiasa support rakan-rakan seangkatan dalam industri.
Sumber: Gempak, Twitter