berita

Saya Bukan Perempuan Macam Itu – Nabila Huda

July 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Teduhan Kasih-41

Bagi mereka yang mengikuti drama bersiri Teduhan Kasih, pasti anda akan rasa geram dan menyampah dengan watak Ayu yang dibawakan oleh pelakon berbakat, Nabila Huda bukan?

Memandangkan watak seorang wanita penggoda dan materialistik yang dibawakan oleh Nabila kelihatan sangat hidup dan semulajadi, oleh itu terdapat segelintir penonton telah salah faham serta mendakwa kononnya perangai sebenar pelakon wanita tersebut adalah sama seperti dalam lakonan.

Namun begitu, sewaktu bertemu dengannya Selasa lalu, Nabila telah menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan bahawa dia sendiri tiada masa untuk berbuat perangai tidak elok seperti itu. Baginya karakter terbabit hanya sekadar lakonan dan bukan realiti.

Sudah tentu itu bukan saya. Saya tak ada masa nak buat macam itu. Saya bawa watak tersebut pun berdasarkan imaginasi saya sendiri sebab saya memang suka berimaginasi, jadi lebih mudah untuk saya bawa watak sebegitu dan kadang-kadang kita lakukan sesuatu yang tak dijangka.

Saya sendiri tak boleh tengok diri saya dalam karakter seperti itu. Saya tak suka perempuan yang berperangai sebegitu dan saya benci. Saya bukan macam itu.

Teduhan Kasih-49

Nabila bersama barisan pelakon drama Teduhan Kasih

Menyentuh mengenai karjaya seninya yang kian berkembang dan semakin diterima oleh penonton, Nabila telah melahirkan rasa syukur kerana akhirnya penonton boleh terima bakat yang ada pada dirinya tanpa perlu mencampur adukkan antara kisah peribadi dan kerjaya lakonannya.

Alhamdulillah, syukur dari situ orang boleh nampak saya kerja bersungguh-sungguh. Bukan kerja sebab nak duit atau populariti. Saya bekerja dengan sendirinya dan saya cuba buktikan yang saya memang ada bakat untuk dikongsikan kepada semua. Saya bukan ada masalah peribadi sahaja.

Usaha keras saya selama ini bukan senang. Susah sangat nak capai sampai tahap macam sekarang.

Beralih kepada perkembangan terbaru, Nabila kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita dan bakal muncul dengan drama terbaru tayangan TV9 berjudul Sangkar.