berita

‘Saya Bukan Suami Orang’ – Idris Khan Nafi Sudah Berkahwin

March 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral mengenai gosip pelakon kacak, Idris Khan sudah berumah tangga dengan seorang wanita.

Berikutan daripada itu, pihak OhBulan! telah menemu bual Idris selepas pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di sebuah hotel, baru-baru ini.

Nafi sudah berumah tangga

Menurut Idris, dia masih solo dan belum mempunyai calon untuk menamatkan zaman bujang. Susulan itu, dia menafikan dakwaan sudah berumah tangga.

Bila masa saya dah berkahwin? Itu hanyalah khabar angin. Saya bukan suami orang. Tapi kalau ada calon yang sesuai, mengapa tidak.

Namun, apa sahaja boleh berlaku, kita tidak tahu. Kita lihat sahaja nanti. Saya pun tidak mencari calon buat masa ini. Setakat ini saya fokus kepada kerja. Kalau saya nak berkahwin, saya akan beritahu.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×