berita

‘Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Saya Tidak Munafik Dengan Berpura-Pura Baik’ – Bella Astillah

April 19th, 2024 | by Alia
Kini Trending

bella astillah

Sejak penangkapan dibuat terhadap pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies kerana berkhalwat, mereka kini sering mendapat perhatian pelbagai pihak.

Isteri kepada aktor tersebut, Bella Astillah antara yang paling terkesan dengan dakwaan curang suaminya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Bella bangkit

bella astillah

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG), Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menyatakan bahawa dia bukanlah seorang insan yang baik bagaimanapun dia tidak pernah memiliki sifat munafik.

Mungkin saya bukanlah orang yang baik dan saya tak perlu dianggap baik.

Akan tetapi paling tidak saya ‘tidak munafik’ dengan berpura-pura baik.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Bella yang dilihat berani bersuara di atas kebenaran selain menzahirkan sokongan terhadapnya.

Betul. Tiada siapa yang baik dan tak perlu pura-pura. Semua nak hukum dan salahkan perempuan.

Macam inilah! Pandai membalas! Ini yang kami mahu! Bella yang pandai berkeras.

Biar kita kelihatan buruk, jahat di mata orang asal kita tidak berpura-pura baik untuk disukai, jadi diri sendiri.

Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: IG Bella Astillah

SKIP THIS AD ×