berita

“Saya Bukanlah Sempurna” – Kamal Adli

September 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kamal Adli merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni tanah air. Makin lama, bakatnya semakin diminati oleh penonton filem dan drama tempatan.

Namun begitu, menurut laporan mStar Online hari ini, Kamal telah menafikan yang kononnya dia pelakon yang bermasalah dan tidak berdisiplin sehingga menjejaskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Menerusi laporan yang sama, Kamal telah melahirkan rasa kesalnya berkaitan kebangkitan isu tidak berdisiplin ini dan dia menganggap perkara sebegini mampu merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon. Meskipun begitu, Kamal turut akui kadang kala dia ada juga terlewat ke lokasi penggambaran tetapi ia tidak disengajakan.

“Saya bukanlah sempurna dan mengakui ada kalanya saya terlambat ke lokasi kerana terikat dengan jadual lain dan paling lambat pun, lebih kurang sejam,” ujar Kamal Adli.

Berikutan isu tersebut, Kamal akui tidak berasa kecil hati, malah dia memandang isu tersebut kearah yang lebih positif, dimana Kamal menganggap mungkin masyarakat sayang dan perihatin terhadap dirinya, sebab itulah dirinya ditegur.

Merujuk kepada perkembangan terbaru, Kamal Adli bakal muncul dalam drama bersiri terbaru berjudul “Runtun Qalbu” yang akan disiarkan di slot Zehra, TV3 bermula 21 September ini.

SKIP THIS AD ×