
Anak kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, iaitu Dwi Ariana, tampil mempertahankan ibu bapanya yang menjadi mangsa buli siber susulan penyebaran fitnah berkaitan misi Sumud Flotilla, sehingga menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Dapat Peluk & Tenangkan Anak-Anak’ – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah
Artikel Berkaitan: ‘Saya Islam, Sokong Gaza’ – Aaron Aziz Perjelas Salah Faham Video Temu Bual
Kacau emosi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dwi Ariana mendedahkan rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan Aaron dan isterinya, Diyana Halik gagal menahan diri daripada menangis.
Ujarnya lanjut, ini merupakan kali kedua Aaron ‘break down’ dimana kali pertama merupakan hari pemergiaan ibu tercintanya, Hajah Juriana Jaffar.
Pembulian yang teruk.
Selama 19 tahun hidup, saya cuma pernah nampak ayah menangis dua kali. Kali pertama semasa nenek saya meninggal, dan kali kedua malam tadi.
Belum masuk lagi air mata ibu saya. Bila dah sampai tahap mak ayah saya menangis, itu tandanya dah melampau.
Kami akan bawa perkara ini ke mahkamah. Malangnya, saya tak peduli kalau dia (penyebar fitnah) terpaksa hidup susah sekalipun.
Manusia biasa

Dalam pada itu, Ariana turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berada di sisi ibu bapanya ketika mereka berdepan dengan situasi sukar seperti ini.
Sakit rasanya bila saya berada jauh di seberang negara, sedangkan adik saya yang baru 15 tahun terpaksa jadi satu-satunya tempat sokongan untuk mereka.
Ibu bapa saya memang orang yang kuat, tapi mereka juga manusia biasa.
Difahamkan, pelakon kelahiran Singapura itu kini sedang mendapatkan khidmat peguam untuk membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi membersihkan nama dan melindungi maruah keluarganya.
Terdahulu, tular satu video suntingan yang menunjukkan seolah-olah aktor asal Singapura itu mempertikaikan tindakan aktivis kemanusiaan GSF, sekali gus membuatkan dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Aaron kemudian tampil mempertahankan diri dan meminta netizen menonton rakaman penuh temu bual berkenaan sebelum membuat sebarang andaian.
Dalam rakaman temu bual berlangsung dua minggu lalu, Aaron berpendapat selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza dalam akaun media sosial mereka demi memenuhi kehendak netizen.
Tegas Aaron, dia tidak pernah mempertikai usaha mana-mana pihak dalam menyokong dan membantu rakyat Palestin.
Sumber: Threads @dwiarianaaaron





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

