
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya mengakui dia sentiasa peka terhadap perkembangan serta isu semasa, selain mengambil inisiatif menyimpan bekalan keperluan asas di rumah dan mendidik anak-anak tentang kepentingan berjimat cermat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scha Alyahya Bagi Ganjaran RM20, Lara Alana Gembira Nikmati Berpuasa
Artikel Berkaitan: ‘Anak Perempuan Semakin Besar, Sudah Tentu Ada Batasan Yang Perlu Dijaga’ – Scha Alyahya
Buat persediaan awal
Ketika ditemui OhBulan!, Scha, 43, mengakui sebagai seorang ibu, perasaan risau itu sememangnya wujud.
Namun, dia memilih untuk melihat isu berkenaan secara rasional dengan membuat persediaan awal demi keselamatan dan kelangsungan hidup keluarganya.
Saya sangat mengikuti perkembangan dan isu semasa yang tengah hangat sekarang.
Saya faham dan ada baca juga pelbagai reaksi daripada masyarakat mengenai isu ini.
Bagi saya, berita atau maklumat itu bukanlah niat untuk menakutkan sesiapa.
Tetapi lebih kepada kesedaran supaya kita lebih bersedia.
Seperti saya yang sudah berkeluarga, saya perlu buat persediaan awal.
Rasa risau itu memang ada.
Cuma, kalau saya seorang diri, mungkin saya boleh kawal cara makan atau penggunaan elektrik dan air.
Tetapi, apabila sudah ada anak, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Jadi, langkah bijak yang saya boleh ambil adalah sediakan apa yang cukup untuk bekalan yang kita nak guna nanti.
Tambah isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu, sebagai langkah persediaan, dia telah menyenaraikan barangan keperluan asas untuk dijadikan stok simpanan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Saya dah ada senarai barangan yang perlu saya sediakan.
Saya simpan sebagai stok makanan seperti sardin, minyak masak, beras dan barangan asas lain.
Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.