berita

‘Saya Dah Buat Ujian DNA & Bayi Ini Bukan Anak Artis Tersebut’

December 12th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pada pertengahan bulan November lepas, kecoh apabila seorang wanita mengaku hamil dan telah melahirkan anak seorang pelakon drama popular. Pelakon tersebut didakwa tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri.

Artikel berkaitan : Lepas Malam Di Port Dickson, Dia Hilang’ – Wanita Dakwa Pelakon Drama Lelaki Popular Hamilkannya

Terbaru, mStar Online melaporkan ujian DNA telah dibuat dan ternyata bayi tersebut bukanlah hasil hubungan dengan mana-mana artis seperti yang didakwa.

Saya minta maaf

Wanita ini membuat pengakuan dan meminta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataannya sebelum ini. Selepas ujian DNA dibuat, ternyata bayi tersebut bukanlah anak artis seperti yang didakwa.

Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terkait

Screenshot perbualannya sebelum ini

 

Akhir sekali, wanita ini memohon agar isu ini tidak diperbesarkan lagi memandangkan dia bakal berkahwin dan memulakan hidup baru.

Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias.

Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya.

Apa-apa pun diharapkan wanita ini tak ulang lagi kesilapan, hidup bahagia dan dapat jaga bayi tersebut dengan baik.

sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×