Di Twitter, penyanyi, Nabila Razali membuat permohonan maaf kepada penulis lirik dan penerbit lagu ‘Peluang Kedua’ iaitu Hael Husaini selepas dia didakwa ‘gagal’ menyanyikan lagu tersebut dengan baik ketika di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL35).
Artikel berkaitan: 2 Kali ‘Terbabas’, Nyanyian Nabila Razali Di AJL35 Paling Teruk?
Artikel berkaitan:‘You Did Well!’ – Neelofa Puji Nabila Razali
Saya minta maaf
Saya dah cuba yang terbaik. Saya minta maaf Hael Husaini.
Menerusi laporan Harian Metro, Nabila mengakui bahawa masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Tambahnya, dia belum sempat memeriksa telefon pintar miliknya dan melihat sendiri apa yang ‘trending’ mengenai persembahan malam tadi.
Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam). Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah. Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.
Persembahan terbaik untuk saya
Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu. Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni. Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.
Disoal mengenai keadaan suaranya, Nabila memberitahu masalah suara yang dihadapi sebelum ini sudah sembuh sepenuhnya. Ujar Nabila lagi, dia bersyukur dapat tunaikan permintaan semua orang yang mahu melihat persembahan ‘Peluang Kedua’ daripada dirinya sendiri.
Sumber: Nabila Razali & Harian Metro