berita

‘Saya Dah Tak Memiliki Baju Seksi..’ – Zizi Kirana Niat Mahu Berhijab Dalam Masa Terdekat

April 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebut sahaja nama Zizi Kirana, pasti semua sudah mengenali penyanyi kecil molek yang cukup berbakat ini. Sebelum ini, Zizi Kirana sering menjadi tumpuan ramai kerana penampilannya yang agak seksi dan ‘daring’.

Tetapi kali ini, Zizi mengakui sudah tidak lagi memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya sebelum ini.

Tiada niat untuk bagi pakaian seksi kepada orang lain

Menerusi laporan yang dipetik daripada Gempak, Zizi memaklumkan dia tidak mahu memberikan pakaian seksinya itu kepada orang lain kerana dia tidak mahu menggalakkan orang membuat dosa. Tambahnya, dia terdetik hati untuk berhijrah secara perlahan-lahan selepas dia kehilangan ramai orang tersayang termasuk ahli keluarga dan sahabat.

Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini.

Penyanyi Eh ini juga akui bahawa dia sedang memperbaiki diri dan ingin melakukan perubahan secara perlahan-lahan dan tidak ingin terlalu drastik kerana dia mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa menguji.

Berniat mahu berhijab

Apabila ditanya mengenai hasratnya untuk berhijab, dia mengakui dirinya sudah mempunyai niat tetapi perlu menyelesaikan segala urusan kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Kerap juga saya terfikir untuk memakai tudung dan memang dah ada niat nak pakai, cuma saya perlu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dia juga mengatakan bahawa dia tidak boleh mementingkan diri sendiri dalam membuat keputusan dan perlu menghormati yang lain juga. Zizi akui mungkin ada sebab kenapa dia masih tidak lagi memakai hijab dan berniat akan memakai hijab buat masa terdekat ini.

Sumber : Gempak.com

SKIP THIS AD ×