Pelakon, Intan Najuwa, 26, enggan mengulas mengenai gosip sudah bertunang dengan jejaka bergelar Datuk.
Belum sedia bercerita
Menerusi laporan Berita Harian, Intan memberitahu dia akan menceritakan segalanya apabila mempunyai masa yang sesuai. Tambah Intan, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada kerjaya, akademik dan perniagaan.
Sekarang saya belum bersedia bercerita mengenai hal peribadi. Belum masanya. Nanti insya-Allah kalau sudah ada masa yang betul dan bersedia, saya akan kongsi.
Saya minta sangat, tolong doakan jodoh yang baik untuk saya. Sekarang saya tidak mahu beri pengesahan atau apa-apa kenyataan. Tunggulah nanti. Perkara baik saya akan kongsi. Apabila bersedia, saya sendiri kongsi.
Bercerita lebih lanjut, Intan tidak menafikan dirinya diulit kebahagiaan sekarang. Pelakon ‘Kekasih Paksa Rela’ ini juga mengakui tidak serik menjalinkan hubungan biarpun pernah putus tunang.
Iya, saya dalam fasa bahagia.
Itu semua pengalaman. Disebabkan itulah sekarang saya kena jaga privasi. Ini adalah salah satu cara mengelak orang bercakap perkara yang tidak baik mengenai saya, keluarga dan orang sekeliling. Jadi apa yang saya boleh kongsi sekarang ini adalah mengenai karier atau perniagaan. Jika hal peribadi, saya minta maaf sangat.
Tetapi orang nak cakap apa, terpulanglah. Saya tidak boleh sekat atau cakap apa-apa. Bagi saya, masing-masing ada cara dan pendapat sendiri. Perkara yang positif, saya terima. Sebagai ‘public figure’, saya kena terima apa sahaja komen orang.
Sumber: Berita Harian