berita

‘Saya Dapat Gelaran ‘Datin Seri’ Sebab Suami, Namun Bila Di Set Saya Tetap Sama Macam Orang Lain’

March 14th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon terkenal Datin Seri Nina Juren Haniff memberitahu dia kembali aktif berlakon sejak kebelakangan ini berikutan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.

Tetap sama macam orang lain

Memetik laporan Berita Harian, Nina berkata, dia pernah membuat keputusan untuk berundur diri daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai ibu kepada enam cahaya mata. Tambah Nina, anak-anaknya sekarang sudah meningkat dewasa.

Oleh sebab itu, dia kembali aktif berlakon. Ujarnya lagi, kerjaya sebagai pelakon sudah menjadi darah daging.

Bila anak-anak sudah besar, saya buat keputusan kembali semula di depan kamera. Ketika tiada di rumah, ibu yang duduk berdekatan akan memantau anak-anak walaupun ada pembantu.

Tapi, kini saya tak risau lagi kerana anak-anak semuanya sudah dewasa. Anak sulung sudah berusia 28 tahun, manakala bongsu kini 20 tahun, jadi saya tak memerlukan pembantu rumah lagi.

Cuma, jika nak keluar bekerja, saya pastikan makanan untuk anak-anak tersedia. Bagaimanapun, saya bersyukur anak-anak dan suami memahami kerjaya saya.

Sebagai orang lama, Nina meluahkan rasa syukur kerana bakatnya masih diperlukan dalam industri lakonan. Meskipun tawaran diterima tidak setanding bakat muda, namun Nina tetap berpuas hati kerana namanya masih mendapat tempat di kalangan pihak produser.

Setakat ini, saya tidak ada ‘complain’ soal bayaran yang diterima. Ia adil dengan nilai sebagai pelakon. Setiap pelakon ada harga masing-masing. Bagi saya, senang saja, kalau harga ditawarkan tak masuk akal, kita ada pilihan untuk tolak.

Tapi, saya seorang yang boleh bertolak ansur. Kalau produksi beritahu bajet mereka dan saya merasakan berbaloi untuk terima, maka saya akan ambil.

Berbicara lebih lanjut, Nina menyangkal dakwaan dirinya menggunakan status untuk mendapat harga tinggi.

Mereka fikir bayaran saya tinggi dan ada juga ingat saya tak nak berlakon kerana status ‘Datin’.

Saya dapat gelaran sebab suami, namun bila di set saya tetap sama macam orang lain. Sebenarnya, ia tergantung kepada individu bagaimana membawa diri di set, tapi bukan soal status.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×