Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies menjadi bualan ramai selepas mereka memaparkan adegan ‘sweet’ di dua buah acara yang berbeza, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Mesra Pegang Muka Ruhainies, Netizen Tanya Zul Ariffin Bukan Cakap Tak Nak Sentuh Perempuan Ke?
Kami sangat rapat
Memetik laporan Kosmo, Ruhainies, 29, akui rapat dengan Zul tetapi sekadar hubungan seorang rakan karib dalam industri.
Menurut pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata video yang dirakam dan dimuat naik dalam akaun TikTok itu dilakukan oleh pembantu peribadinya.
Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersuara’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.
Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu.
Saling kenal perangai masing-masing
Dalam pada itu, kata pelakon drama Cukup Derita Itu, netizen mungkin tidak mengenali hubungan rapat antara mereka sehingga berasa kurang senang melihat kemesraan yang ditonjolkan kepada umum.
Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebaliknya. Dia tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan.
Sebelum ini, pemilik nama Zulkifli Ariffin mengakui dia tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita hanya untuk mendapatkan keserasian.
Malah, dia masih menghormati prinsip serta pendirian setiap pelakon yang berlakon dengannya.
Sumber: Kosmo