
‘Coach cerai’ iaitu Mohd Izary Muhammed Ikhbal perjelas tugasnya sebagai pembimbing individu selepas melalui fasa perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Mohon Maaf, Akui Khilaf – ‘Saya Tak Fikir Panjang, Terlalu Marah, Sedih & Letih’
Artikel Berkaitan: Dr. Healing – Lelaki Di Sebalik Ribuan Jiwa Yang Sembuh
Perkahwinan yang ketiga

Memetik laporan Harian Metro, Mohd Izary, 45, berkata, dia tidak menunding jari pada masyarakat yang sering menganggap kerjaya sebagai perosak rumah tangga.
Memang ada yang kecam hingga panggil dasim (syaitan atau jin yang merosakkan rumah tangga) dan persepsi negatif kerana anggap saya nak ajar orang bercerai.
Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin ada beranggapan begitu kerana tak faham skop kerja saya yang sebenarnya nak bantu selamatkan rumah tangga.
Dalam pada itu, Mohd Izary memaklumkan dirinya turut salah seorang yang pernah berhadapan dengan masalah rumah tangga.
Tambahnya, ini merupakan hasil perkahwinan kali ketiga.
Saya ada pengalaman bercerai, yang pertama pada 2006 dan kini dengan isteri hasil perkahwinan kali ketiga.
Alhamdulillah, rumah tangga saya sekarang sudah bertahan selama 12 tahun dan sebelum ini.
Ramai orang terdekat bagi cadangan untuk saya jadi ‘coach cerai’. Saya nampak itu satu peluang yang baik kerana saya pun ada pengalaman (pernah berpisah) walaupun bukan terapi, peguam atau doktor.
Tugas coach cerai

Berkongsi lebih lanjut, Mohd Izary menjelaskan tanggungjawabnya sebagai ‘Coach cerai’ untuk memberi bimbingan kepada klien.
Ujarnya lanjut, dia tidak pernah menggalakkan mana-mana individu untuk bercerai namun kehadiran dirinya disifatkan sebagai cermin untuk klien bermuhasabah diri.
Pendekatan saya adalah dengar masalah klien kemudian bimbing mengikut situasi bersandarkan pengalaman peribadi saya dan perkara pertama adalah bantu perbetulkan pemikiran mereka mengenai rumah tangga.
Saya tak pernah galak orang bercerai tapi bagi mereka (klien) ‘cermin’ untuk lihat semula diri dan beri kesedaran, bukannya beritahu apa mereka patut buat.
Alhamdulillah, rata-rata klien puas hati dan beri maklum balas positif.
Pada akhir perkongsian, Mohd Izary berharap agar dapat membantu lebih ramai individu sekali gus mengurangkan peratusan kadar bercerai di Malaysia.
Imbas kembali, terma ‘Coach cerai’ semakin dikenali apabila Mohd Izary tampil dalam satu video bersama seorang selebriti wanita yang berdepan isu rumah tangga.
Sumber: Harian Metro







![[VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona](https://asset.ohbulan.com/2026/08/kak-nona2.jpg)
