berita

Saya Diperangkap – Shahrizal Jaszle Respon Isu Khalwat

May 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

shahrizal_jazle

Selepas memuat-naik sebuah video di akaun Keek-nya semalam bersama tunang, Shahrizal Jaszle menerusi laporan mStar Online hari ini akhirnya mendedahkan bahawa isu dia ditangkap khalwat sebenarnya adalah satu perangkap.

Pelakon ini bagaimana pun tidak mahu memberi komen tentang isu yang berlaku.

“Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

“Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.”

Shahrizal juga meluahkan rasa bersyukur apabila keluarganya mengambil keputusan untuk mendengar penjelasan sebelum bertindak.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan. Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap,” ujarnya.

16 Mei lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.