berita

‘Saya Doa Nabila & Sharnaaz Bertemu Pasangan Yang Kekal Sehingga Akhir Hayat’ – Neelofa

July 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pengacara dan pelakon terkenal, Noor Neelofa kagum dengan sikap profesional Noor Nabila dan Sharnaaz dalam membesarkan putera tunggal mereka iaitu Jebat Jayden meskipun telah sah bercerai secara hakam pada 9 Julai lalu.

Artikel berkaitan: ‘Kami Hidup Macam Ni Dah Bertahun, Lebih Baik Kami Berpisah ‘ – Sharnaaz Ahmad

Neelofa turut berharap sikap kakak dan bekas abang iparnya itu dijadikan contoh kepada pasangan yang mengalami situasi sama.

Mereka sangat profesional

Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai perceraian mereka. Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah bercerai, mereka sangat profesional. Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah.

Ujar Neelofa, Sharnaaz dan Nabila sangat profesional dan hubungan mereka seolah tiada masalah sewaktu bekas abang iparnya itu melawat anaknya di rumah mereka. Tambahnya, dia sangat menghormati Sharnaaz kerana dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang baik buat Jebat meskipun tidak tinggal sebumbung.

Meluangkan masa bersama anak

Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari. Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus. Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain.

Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat.

Neelofa turut berharap pasangan yang sudah bercerai di luar sana dapat menjadikan kakak dan abang iparnya itu sebagai contoh terutama dalam membesarkan anak. Bekas pengacara ‘Meletop’ itu turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×