Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menitipkan ucapan istimewa kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-47.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ni Yang Saya Marah, Tak Perlu Buat Penilaian Awal’ – Siti Nurhaliza

Ucapan daripada Tun M

Uacapan tersebut disampaikan menerusi sebuah video ringkas yang dikongsikan di akaun TikTok Siti Nurhaliza Gallery.

Saya dimaklumkan bahawa umur Siti sudah meningkat dan saya ingin ucap selamat hari jadi. Insya-Allah saya doakan dan berharap Siti akan terus berjaya dalam kerjaya.

Walaupun berumur, suara masih macam lama dan nyanyian masih lagi begitu menarik.

Ucapan itu menyentuh perasaan peminat apabila ruangan komen dibanjiri dengan luahan rasa terharu dan bangga terhadap hubungan dua tokoh yang disayangi rakyat Malaysia.

Sambutan ulang tahun kali ini lebih bermakna apabila diraikan dalam suasana penuh gah menerusi Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, Tun M kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 6 Januari lalu susulan insiden terjatuh di kediamannya.

Tun M mengalami retak tulang pinggul dan sedang menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

Sumber: TikTok