berita

Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Awak – Shila Amzah

February 14th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-14 at 10.03.40 AM

“Saya doakan yang terbaik untuk awak.”

Itulah antara kenyataan dari laman Twitter milik penyanyi, Shila Amzah kepada Sharnaaz Ahmad selepas kecoh is mengatakan mereka berdua sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi.

Penyanyi berusia 22 tahun ini menulis di laman Twitternya semalam dan turut meluahkan perasaan yang terbuku didalam hatinya.

“Sangat sedih sebenarnya bila seseorang boleh berjalan di hadapan kamu dan berpura-pura kamu tidak pernah menjadi sebahagian dari hidup mereka,” tulis Shila Amzah.

Screen Shot 2013-02-14 at 9.48.47 AM

Shila turut meluahkan rasa bersyukurnya terhadap Sharnaaz yang pernah mengisi ruang kosong dihatinya.

Screen Shot 2013-02-14 at 9.48.16 AM

Dan untuk tambahan, rasanya ini kali pertama OHBULAN! melihat Shila menulis tweet sebegini. Walaupun hanya tiga patah perkataan, bagi peminat yang mengenali Shila, ini sudah cukup menggambarkan betapa hancurnya hati Shila ketika ini.

Screen Shot 2013-02-14 at 9.47.54 AM

Kepada Shila, kuatkan semangat. Apa yang berlaku ada hikmah dan teruskan pandang ke depan. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menunggu anda disana.

SKIP THIS AD ×