berita

‘Saya Hampir Maut, Ibu Mentua Meninggal Dunia’ – Azizan Osman Sembuh Dari Covid-19

January 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pakar motivasi dan penceramah terkenal iaitu Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya yang lain disahkan dijangkiti positif Covid-19. Berita itu dimaklumkan olehnya sendiri melalui laman Facebook mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas didapati mempunyai kontak rapat pada 7 Januari lalu.

Nafas saya sesak

Datuk Azizan memaklumkan dirinya dan 31 ahli keluarganya lagi turut dijangkiti positif Covid-19. Lebih menyedihkan lagi apabila ibu mentuanya meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 itu.

Covid hampir meragut nyawa saya! Pada 1.44 pm, Jumaat 15 Jan 2021, saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

Saya dan keluarga diuji dengan Virus Covid-19. Manakala, 31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah.

7 Januari 2021, saya dan keluarga terdedah kepada individu yang positif Covid-19 dan saya sendiri dijangkiti. COVID IS REAL, THE STRUGGLE IS REAL, it’s a real fight kalau you ada pada simptom atau tahap yang teruk. Pada waktu itu, saya fikirkan tentang anak didik saya, saya fikirkan Team RichWorks, saya fikirkan semua yang tak henti DM/PM saya sehingga hari ini, yang buatkan saya walaupun tahu tiada harapan, ia beri saya SEMANGAT. Semangat untuk hidup.

Ini bukan cerita dongeng

Dalam masa sama, Azizan menyifatkan pandemik COVID-19, bukan hanya telah menjejaskan kehidupan ramai orang dalam meneruskan kelangsungan hidup, bahkan turut memberi kesan kepadanya. Difahamkan, Datuk Azizan ketika ini telah sembuh daripada wabak tersebut.

Masa itulah SAAT penentu untuk pergi atau kekal. You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan machine untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri. Melihat bagaimana pandemik ini begitu kritikal hingga ada yang tekad bunuh diri, seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan bisnes, tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa.

Percayalah ini bukan cerita dongeng, this is about Real People, Real Results, Real Business, Real Story! I’m a Covid Survivor! I fight to live! And this is my journey.

Sumber: Azizan Osman

SKIP THIS AD ×