berita

‘Saya Hanya Silangkan Kaki’ – Uqasha Senrose Jawab Dakwaan Sunting Gambar

December 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Uqasha Senrose kembali mencuri perhatian warganet di media sosial selepas dituduh menyunting gambar lagi.

Artikel Berkaitan: Netizen Tak Puas Hati Leher Nampak Jinjang, Uqasha Senrose Nafi Sunting Foto Siap Bagi Bukti Video

Dituduh edit gambar lagi!

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uqasha memuat naik foto berdua dengan suami, aktor Kamal Adli.

Bagaimanapun, ada seorang netizen yang mendakwa dia melakukan suntingan yang tidak kemas kerana bentuk kakinya kelihatan seperti membengkok.

Saya boleh tolong suntingkan dengan elok kalau awak nak. Jelas sangat nampaknya.

Tidak mendiamkan diri, Uqasha, 30, dilihat membalas komen tersebut. Kata pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia hanya menyilangkan kaki, bukan seperti yang difikirkan.

Saya hanya silangkan kaki, tak habis-habis suka jatuhkan orang. Kenapa ya dengan awak?

Memang dah cantik

Di ruangan komen, rata-rata peminat mempertahankan kakak kepada aktres Nelydia Senrose ini. Ada yang menyifatkan Uqasha memang kelihatan cantik apabila bertemu di depan mata.

Sebelum ini, Uqasha pernah ditegur netizen selepas menyunting bahagian pinggul sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya turut membengkok.

Sumber: @uqashasenrose2

SKIP THIS AD ×