berita

‘Saya Harap Mereka Lebih Baik Diam’ – Farid Kamil Selar Netizen Pertikai Kelayakannya Dapat Datuk

December 17th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam, pelakon Farid Kamil dan Aaron Aziz menerima pingat darjah kebesaran daripada Sultan Pahang sekaligus membawa gelaran datuk kepada mereka. Pengumuman tersebut mengundang tanda tanya dan ada netizen yang mempertikai kelayakan mereka berdua menerima gelaran itu.

Farid ketika ditemubual Berita Harian menyelar tindakan netizen itu dan menganggap mereka tidak berilmu atau belajar secara khusus tentang adat istiadat istana.

Harap netizen lebih baik diam

Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang. Saya berharap mereka (netizen) lebih baik diam.

Farid membuat kenyataan berkenaan kepada media selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar.

Dia dan Aaron antara 167 penerima pingat Pahang yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baru dapat datuk berani persoalkan ilmu orang

Kecam orang takda ilmu, lu punya ilmu takat mana?

Bayangkan semua pelakon dan pemain bola dapat datuk…

Jangan berhasad dengki kat orang lain

Sumber: Berita Harian , Farid Kamil

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×