Pelakon, Muaz Zabir tampil bersuara mengenai dakwaan ugutan daripada beberapa pihak yang mahu mendedahkan video mesra melibatkan dirinya bersama penyanyi, Bella Astillah yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Akui Aidilfitri Terasa Kosong Tanpa Arwah Bapa – ‘Setahun Tak Lalu Tempat Kemalangan Itu’

Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah -‘Muka Saya Berdarah & Luka’

Harap tidak dibangkitkan

Ketika ditemui OhBulan!, Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 29, berharap agar semua pihak dapat melangkah ke hadapan dan tidak terus terikat dengan perkara yang telah berlaku dua tahun lalu.

Tambahnya, dia mengakui tidak mampu menghalang tindakan orang lain sama ada untuk terus memperkatakan perkara tersebut atau sebaliknya.

Saya tahu isu yang sedang hangat diperkatakan dan sudah tersebar di media sosial sekarang.

Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika perkara-perkara yang sudah lepas dibawa sehingga
hari ini dan menyebabkan ada sesetengah pihak tidak berpuas hati.

Saya berharap semua pihak boleh bergerak ke hadapan, tak akan kita nak terus berada di situ sahaja.

Tapi saya tidak boleh menghalang apa yang orang mahu lakukan.

Saya faham sifat manusia, ada iri hati dan hasad dengki, itu memang tidak dapat kita elakkan.

Muaz berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama Dorm 403 di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tidak pasti sama ada benar wujud atau tidak

Mengulas lanjut, aktor drama ‘Pemburu Rahsia’ itu menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pasti tentang kewujudan perkara yang diperkatakan itu.

Bagaimanapun, dia berpendapat sekiranya ia benar wujud, sudah tentu telah lama tersebar sebelum ini.

Saya pun tidak tahu sama ada perkara yang diugutkan itu wujud atau tidak, kalau wujud rasanya
sudah pasti tersebar sekarang.

Saya pun sudah minta maaf dan selesaikan secara baik.

Ketika isu ini mula timbul, saya orang pertama yang mencari media untuk memohon maaf.

Saya tidak menafikan atau mengiyakan perkara ini.

Tetapi saya secara sukarela untuk meminta maaf kepada semua.

Sehubungan itu, dia menyeru semua pihak agar menghentikan sebarang spekulasi terhadap mana-mana individu.

Saya harap semua boleh buka buku baru.

Hentikan spekulasi atau kecaman terhadap mana-mana pihak.

Sejujurnya, saya sendiri tidak terganggu dengan perkara ini.

Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah.

Masing-masing juga sudah ada fasa kehidupan sendiri, ada yang sudah bertunang dan bahagia.

Perkara ini pun sudah dua tahun berlalu, jadi saya tidak tahu apa lagi yang mahu dibangkitkan.