Guru memainkan peranan penting mendidik serta menyayangi setiap pelajarnya tanpa pilih kasih. Kejujuran seorang guru mendidik anak murid mereka mungkin boleh dinilai pelajar itu sendiri meskipun usia mereka masih kecil. Dengan kasih sayang yang diberikan, seorang guru itu mungkin akan dibalas dengan cara yang mengharukan oleh pelajar mereka.
Perkongsian pengguna Twitter @fitriazmann ini mungkin akan menyentuh hati mana-mana guru apabila dia diberikan hadiah yang tidak terduga oleh muridnya selepas menamatkan perkhidmatan sebagai guru sandaran.
Diberi hadiah beyblade
lepas 2 bulan berkhidmat sebagai guru sandaran di SK Sg Telor, ada beberapa murid tahun 1 dan 3 beri hadiah kepada aku. Aku rasa tertarik dgn satu hadiah yg diberikn oleh ketua kelas tahun 3 Tekun sebab dia bagi hadiah beyblade. Bila baca surat yg dia tulis, baru tahu sebabnya. pic.twitter.com/IPrb33Piwt
— ????? (@fitriazmann) September 17, 2019
Meskipun berkhidmat hanya untuk dua bulan, guru yang bernama Fitri itu terharu apabila diberikan hadiah oleh murid-muridnya dari darjah 1 dan 3 ketika mahu berhenti berkhidmat dari Sekolah Kebangsaan Sg Telor.
Bagaimanapun, satu hadiah ini menarik perhatian guru muda itu apabila dia dihadiahkan dengan beyblade yang merupakan barang kesayangan murid tersebut.
Supaya cikgu ingat saya
Menerusi surat yang ditulis murid bernama Taufiq ini, dia berkata beyblade itu diberikan supaya dia sentiasa diingati oleh gurunya setiap kali melihat barang tersebut.
Malah, Taufiq turut memberitahu cikgunya bahawa beyblade itu merupakan barang kesayangannya.
Hadiah lain pun bermakna
Bagaimanapun, menerusi sepotong video pendek yang lain, guru tersebut tetap menyatakan bahawa hadiah yang diberikan anak muridnya yang lain tetap bermakna.
Doakan supaya semuanya cemerlang
Malah, pemuda itu juga sempat menitipkan doa untuk semua anak muridnya supaya cemerlang dunia dan akhirat.
Bahkan dia juga berharap murid-muridnya itu menjadi insan yang berguna di dunia ini.
Sumber: Twitter fitriazmann