Pelakon Nora Danish, berkongsi tentang kisah penghijrahannya ke jalan yang lebih diredai Allah SWT.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Bahagia Kerana Bapa Meninggal Dunia Ketika Kecil’ – Nora Danish

Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Tanggung Semua Kesalahan, Asalkan Semua Orang Bahagia’ – Nora Danish

Hijrah Nora

Menerusi podcast Takkan Tak Reset, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif bercerita mengenai detik ketika dia menyedari bahawa telah kehilangan cinta daripada Allah SWT.

Saya tertanya-tanya, kenapa hidup saya begini? Jadi dari situlah saya kaji..saya hilang cinta Allah sebenarnya, tak ada benda itu dalam hidup saya.

Sebab itu hidup saya tak sempurna.

Namun, Nora mula sedar akan kasih sayang Allah terhadapnya apabila dia memilih untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Apabila saya beransur-ansur mendekatkan diri dengan Al-Quran dan sebagainya, di situ saya nampak betapa besarnya cinta Allah pada saya.

Allah tidak pernah meninggalkan saya walaupun saya lupa padaNya, diberi sahaja apa yang saya mahukan.

Sekarang ini pun, Dia jentik saya dalam keadaan yang baik, bukannya saya kehilangan benda-benda yang besar untuk saya berubah.

Semua kerana Allah

Menurut pelakon drama Puteri itu, dia kini sedang menumpukan kehidupannya untuk menimba ilmu agama selain mengharapkan balasan yang baik daripada Ilahi.

Saya dalam proses untuk mendalami lagi rasa cinta kepada Allah supaya saya tidak berharap bahagia pada orang, supaya saya boleh hidup tenang, buat sesuatu dengan ikhlas dan tidak memerlukan balasan daripada orang.

Sebab saya buat semua kerana Allah, memang mengharapkan cinta Allah semata-mata.

Jadi insyaAllah, dari situ Allah akan menemukan saya dengan cinta di dunia yang akan membawa saya ke syurga.

Sumber: Podcast Takkan Tak Reset