berita

‘Saya Ingin Minta Maaf’ – ADUN Kampung Tunku Positif Covid-19, Nafi Dakwaan Tanggal Gelang Pink

October 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku iaitu Lim Yi Wei memaklumkan dalam satu kenyataan media bahawa dirinya didapati positif Covid-19.

Menerusi perkongsian di Twitter, Lim Yi Wei menjelaskan dia terus menjalani kuarantin diri sejurus pulang dari Sabah pada 27 September lalu.

‘Terima kasih atas mesej sokongan’

Dalam kesempatan itu. Lim Yi Wei memohon maaf kepada semua pihak terutamanya pihak KKM dan mereka yang terkesan dengan keputusan positif ujian saringan Covid-19 yang menimpa dirinya itu. Dia juga meluahkan rasa penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan sokongan kepadanya.

Masih memakai gelang pink

Menjelaskan perkara sebenar, Lim Yi Wei menafikan beberapa laporan yang dikeluarkan oleh segelintir pihak media berhubung dakwaan dirinya telah menanggalkan gelang pink. Sebaliknya, dia mengakui telah menjalankan kuarantin diri di rumah selepas melakukan ujian saringan Covid-19 pertama di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2).

Kenyataan media Lim Yi Wei

‘Semoga cepat sembuh’

Sumber: Lim Yi Wei

SKIP THIS AD ×