Pelakon dan pengarah, Farid Kamil berharap isu rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu
‘Saya ingin selamatkan keluarga’
Tambah pelakon berusia 42 tahun ini lagi, dia enggan melafazkan talak kerana masih sayangkan Diana dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
Dalam pada itu, Farid mendakwa tidak tahu mengapa Diana nekad mahu memfailkan cerai sedangkan hubungan rumah tangga mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia. Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah.
Percubaan OhBulan! untuk mendapatkan penjelasan Diana gagal kerana dia tidak membalas kiriman WhatsApp yang dihantar.
Terdahulu, pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. Difahamkan, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, pagi tadi. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sumber: Berita Harian