berita

‘Saya Jadi Lebih Kuat Bila Nampak Muka Anak’ – Syukur Beraya Sebagai Ibu Tunggal, Shila Amzah Tak Serik Nak Bercinta Lagi

May 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tahun pertama menyambut Aidilfitri sebagai ibu tunggal tidak menjadi penghalang kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah untuk mengecapi kebahagiaan.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Sah Cerai, Reda Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Terus Diboikot, Shila Amzah Minta Maaf Dengan Media Melayu – ‘Saya Tak Akan Salahkan Sesiapa Dengan Apa Yang Berlaku’

Rasa lega

Menurut Shila, dia bersyukur penceraian dengan bekas suami, Haris Idraki Elias berlaku sewaktu anak lelakinya, Seth Uwais masih kecil dan belum mengerti.

Kata penyanyi berumur 32 tahun ini, dia menarik nafas lega apabila dapat ‘keluar’ dari persekitaran toksik.

Saya lega sebenarnya semua benda dah selesai dalam masa yang sama dapat beraya di rumah sendiri, bestnya susunan dia, saya tak payah nak balik kampung. Tahun ini pun saya beraya bersama keluarga di rumah saya.

Pada saya, saya bertanggungjawab untuk sediakan environment yang positif dan happy untuk anak saya seorang tu. Walaupun dia masih belum faham, saya nak dia rasa semua benda itu normal saja. Kalau ada sebarang benda negatif, saya akan sorok daripada dia.

Saya bersyukur benda ini jadi sekarang. Kalau dia umur empat ke lima tahun, dia dah mula faham dan mungkin akan persoalkan kenapa orang lain ada ibu bapa. Tapi suatu hari nanti pasti dia akan tanya juga dan kita dah ada jawapannya.

Tambah pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah, dia tidak takut dengan perpisahan kerana dia dapat menjadi diri sendiri dan hanya fokus kepada anaknya itu.

Ada perempuan takut untuk mengalami situasi (penceraian) macam saya, macam mana nak menghadapi perkara ni sorang-sorang tapi pada saya, saya jadi lebih kuat bila saya nampak muka anak.

Kalau saya stay, saya akan lagi sedih dan tak menjadi diri sendiri. Tapi bila kita sorang, kita dah tiada tanggungjawab dengan benda-benda lain, jaga anak saja. Itulah yang beri saya kekuatan.

Bagi cinta pada yang layak

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu akui tidak serik untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam kehidupannya kelak.

Namun katanya, individu terbabit semestinya perlu menerima statusnya sebagai janda anak satu.

Saya takdalah serik untuk bercinta, I have so much love to give. Tapi pada cinta yang sewajarnya dan selayaknya. Pada masa depan saya pun tak tahu jodoh saya macam mana.

Yang pasti, saya akan lebih berhati-hati menerima siapa yang mampu memecahkan ‘benteng’ memandangkan saya sekarang dah ada anak, ini bukan pasal diri saya sahaja. Ada banyak perkara perlu dititikberatkan.

Sekadar info, Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.

Pada Februari lalu, Shila sah bercerai dengan Haris di sebuah mahkamah syariah di Selangor.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

SKIP THIS AD ×