
Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Artikel Berkaitan: Suami Zizie Izette Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun
Salam takziah
Berita sedih tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di media sosial rasminya. Ahmad Zahid menyifatkan pemergian sahabar baiknya itu sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya.
Luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya.
Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat sejati, seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah.
Mewakili seluruh saf kepimpinan UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakyat khususnya di Negeri Sabah, Ahmad Zahid menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Ya Allah, ampunkanlah dosanya, terimalah segala amal baktinya, angkatlah darjat kebaikannya, dan kurniakanlah untuknya nikmat syurga-Mu yang abadi.
Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga kalian semua dikurniakan ketabahan, ketenangan dan kekuatan dalam melalui saat yang amat berat ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada awal pagi Jumaat.
Sumber: Instagram Ahmad Zahid Hamidi