berita

Saya Kena Paksa Diri Untuk Gembira – Zul Ariffin Akui Alami Masalah Peribadi

August 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

OHBULANTV3RAYA-93-630x432

Buat penggemar cerita adaptasi novel ‘Rindu Awak 200%’, sudah pasti akan sedia maklum bahawa nama hero kacak Zul Ariffin kini sudah mula menjadi trending di laman Twitter.

Rata-rata penonton, terutamanya kaum wanita sudah pasti jatuh cinta dengan karakter Zill Faezrul ini bukan? Hehe. Memang romantis habis!

Namun, ada berita yang kurang enak didengar apabila khabarnya Zul Ariffin kini sedang menghadapi masalah peribadi. Katanya, dia tak tenang, malah memaksa dirinya untuk gembira. Eh. Kenana pula ya?

imagesssFoto Zul Ariffin bersama Gayatri Su-lin Pillai

“I’m not married, yet single. No status. Apa yang boleh saya katakan, perjalanan karier sangat bagus tapi kisah peribadi, semuanya tak berapa baik.

Kisah peribadi ini mungkin berkaitan keluarga dan bukan hubungan cinta semata-mata. Yang pasti, saya tak boleh lari dan perlu menanganinya.

Tiada kena-mengena dengan Elfaeza, tiada langsung. Saya dengan dia tidak ada apa-apa hubungan dan kami hanya kawan rapat sahaja.

Apa yang pasti, setiap projek yang bermula 2014, saya terganggu, tidak tenang dan tak teruja. Saya kena paksa diri untuk jadi gembira.”

Itulah kenyataan yang diluahkan oleh Zul kepada gua.com.my perihal kisah peribadinya. Erm.. Adakah hubungan cintanya dengan Gayatri Su-lin Pillai kini bermasalah? Jika ya, diharapkan agar Zul dapat menemui jalan penyelesaiannya.

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×