Tak dinafikan, untuk mengekalkan suatu hubungan hingga ke jinjang pelamin bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, pelbagai dugaan dan rintangan yang akan dilalui oleh setiap pasangan. Tidak kurang juga ada yang sampai berubah hati hanya kerana mahu mencari pasangan yang ‘sempurna’.
Terbaru, seorang pemuda yang dikenali dengan nama Aiman Hafiq berkongsi kisah sedih apabila kekasih hatinya dikatakan membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan yang berusia enam bulan.
Kumpul duit beli cincin
Pengalaman sedih itu dikongsikan oleh Aiman menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut lelaki ini, dia dan wanita tersebut sudah berkenalan selama 5 tahun dan selepas itu mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Difahamkan, sepanjang tempoh tersebut lelaki ini berusaha melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari wang untuk melangsungkan pertunangan bersama kekasih hatinya. Tetapi siapa sangka, usahanya selama ini seakan tidak dihargai.
Struggle saya nak kumpul duit nak bertunang, sebab family awak suruh masuk meminang dulu. 6 bulan saya berniaga kumpul duit untuk beli dua bentuk cincin seperti mana yang mama awak minta.
‘Segala penat lelah berbaloi’
@aimanhafiq98Pengorbanan yg sia2 selama 5tahun ? ##fyp ##moveon ##brokenheart? Sound untuk orang yang kuat – wani?
Lebih menyedihkan apabila selepas 6 bulan bertunang, wanita ini dikatakan meminta untuk putus dengan alasan mereka tiada jodoh. Dalam video lain, Aiman turut berkongsi momen-momen bahagia dia bersama wanita itu ketika membuat persiapan majlis pertunangan.
Sehari sebelum pertunangan kita, masa ni Tuhan je tahu perasaan saya. Saya rasa segala penat lelah saya berbaloi nak halalkan awak.
Meskipun begitu, Aiman Hafiq redha dengan ketentuan-Nya dan berharap agar bekas tunangnya itu akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik dan mampu memberi kebahagiaan buatnya.
Video
@aimanhafiq985tahun bukan masa yg singkat untuk saya lupakan ? ##fyp ##moveon ##brokenheart? bunyi asal – Aiman Hafiq
@aimanhafiq98Aku yg berjuang, aku yg terbuang ? ##fyp ##moveon ##brokenheart? original sound – Hasrul Nizam89 – Hasrulnizam899
Sumber: Aiman Hafiq