berita

‘Saya Maafkan Dia’ – Didakwa Curang, Ammar Alfian Akhirnya Buka Mulut

May 21st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon Ammar Alfian hangat diperkatakan semalam apabila isterinya, Nelissa Nezam mendakwa suami yang dinikahinya selama 3 tahun itu berlaku curang.

Menerusi laporan Mstar, pelakon tersebut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan isterinya turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan tersebut di media sosial.

Saya memilih untuk berdiam diri

Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu. Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Saya juga telah memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya.

Menurut Ammar, dia berdiam diri kerana masyarakat tidak perlu tahu mengenai kisah sebenar hal rumah tangganya lagipun, isterinya sudah meminta maaf atas  kenyataan yang dikeluarkan di Instagram.

Percaya sebelah pihak sahaja

Beberapa akaun rakan serta peminat yang menentang dirinya turut disekat ekoran dakwaan tersebut. Tambahnya, individu tersebut tidak perlu berpura-pura.

Anda memilih untuk percaya kenyataan sebelah pihak sahaja. Kepada rakan mahupun mereka yang berpura-pura, jika anda disekat atau saya tidak mengikuti anda, ia bermaksud saya tahu anda berdiri untuk menentang saya. Saya maafkan anda semua tetapi saya tidak akan pernah melupakan. Terima kasih.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kini isterinya sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×