berita

‘Saya Mahu Dia Move On Dengan Tenang..’ – Nazim Othman Luah Kisah Cerai

May 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Memilih laman sosial sebagai saluran untuk mengumumkan berita sedih terlerainya ikatan suami isteri antara dirinya dengan Bella Dally, keputusan yang diambil mereka berdua nyata mengejutkan ramai pihak.

Artikel berkaitan: ‘Perkahwinan Saya & Bella Dally Telah Berakhir’ – Nazim Othman

Nazim sekali lagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai hubungan mereka yang kecundang di tengah jalan.

Nak rahsiakan tapi..

Nazim menyatakan isi hatinya menerusi IGstorynya awal pagi tadi. Antaranya, dia menyebut kalau boleh dia mahu merahsiakan apa yang berlaku namun dia bercakap kerana mahu Bella move on dan meneruskan hidup seperti biasa.

Saya mahu menyimpan segalanya seboleh mungkin, tapi saya luahkan sebab saya mahu dia teruskan hidup dan kejar cita-citanya. Apa yang anda tahu hanyalah luaran semata, lebih baik kita biarkan sebegitu.

Itu semua hak saya sama ada untuk berkongsi kisah kami atau tidak.

Jangan cakap macam tahu semuanya

Ujar pelakon yang mula mendapat perhatian menerusi drama Awan Dania ini lagi, masyarakat mungkin akan bertanya banyak benda mengenai mereka dan memberi jalan penyelesaian namun mereka tidak semestinya tahu tentang apa yang berlaku.

Anda mungkin mempersoalkan banyak benda, menyatakan pendapat masing-masing mengenai kami dan malahan mungkin mencadangkan apa yang perlu kami buat untuk menyelesaikan masalah. Tapi, tak semestinya anda boleh kata apa saja seolah-olah tahu semua benda.

Kami pilih begini

Menurutnya lagi, perceraian mereka adalah jalan yang dipilih setelah kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Dia berterima kasih kepada peminat yang memahami keputusan diambil selain mendoakan kesejahteraan semua.

Kami yang hidup bersama dan sepakat memilih untuk mengakhiri segalanya cukup sampai di sini sahaja.

Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati kalian juga.

Sumber: Nazim Othman

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.