
Pelakon baharu, Dida Qirana mengakui lebih selesa membina nama atas bakat sendiri berbanding menggunakan nama besar keluarga seperti Rizrose atau Senrose.
Artikel Berkaitan: ‘Tahun Depan Kita Pula’ – Kaum Adam Masuk ‘Line’ Mengurat Adik Uqasha, Dah Terlambat Raysha Rizrose Pilih Pelumba Kereta
Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay Dipanggil Adik Nasha Aziz, Kakak Bagi Green Light’ – Zairi Aziz
Tidak rugi tak gunakan ‘stage name’ keluarga

Ketika ditemui OhBulan! Dida atau nama penuhnya Farza Dida Qirana, 22, menjelaskan bahawa dia tidak menganggap keputusan itu sebagai satu kerugian kerana baginya itu hanyalah sekadar identiti pentas.
Tambahnya lagi, dia tidak menggunakan nama pentas tersebut buat masa ini, namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali menggunakannya pada masa hadapan.
Kalau boleh ‘saya mahu dikenali dengan nama sendiri’.
Saya tak rasa rugi, sebab nama Rizrose dan Senrose itu hanya ‘stage name’ keluarga.
Saya bukan buang, cuma buat masa sekarang saya pilih untuk tidak gunakan lagi.
Kalau suatu hari nanti saya dapat ‘hidayah’, mungkin saya akan guna.
Dida berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama ‘Dorm 403’ di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Nama kakak-kakak akan dipengaruhi

Dalam pada itu, Dida mengakui pernah terdetik kebimbangan bahawa kejayaannya dalam industri mungkin akan dikaitkan dengan pengaruh serta nama besar kakak-kakaknya.
Jelasnya, persepsi orang ramai adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Justeru, dia memilih untuk terus berdepan dengan segala tanggapan yang timbul.
Saya pernah terfikir, kalau saya berjaya dalam industri, orang akan kata kakak-kakak yang tolong.
Tapi kalau tidak berjaya pun, nama kakak-kakak saya juga akan disebut.
Memang kita tak boleh lari daripada apa orang nak cakap.
Jadi nak tak nak, kena hadap juga walaupun kita usaha sendiri.
Berkongsi lanjut, Dida menzahirkan penghargaan terhadap sokongan keluarganya yang banyak memberi tunjuk ajar, terutama kakaknya, Uqasha Senrose, yang sanggup menggalas tanggungjawab sebagai guru lakonan.
Di rumah kakak-kakak saya juga yang banyak beri tunjuk ajar.
Sebelum masuk set, Uqasha sampai pagi tak tidur semata-mata jadi ‘cikgu lakonan’ saya.
Dia risau sangat.
Katanya, dia sendiri pun tak baca skrip sampai habis, tapi dia skrip dia baca sampai habis.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)