berita

‘Saya Mahu Hak Saya Biarpun Sedikit’ – Respon Sharnaaz Ahmad Dakwaan Sengaja Lambatkan Penceraian

January 24th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kemelut rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian. Noor Nabila sebelum ini memberitahu sudah tawar hati dan tidak mahu meneruskan lagi perkahwinan. Tambah Nabila lagi, penceraian boleh dipercepatkan sekiranya suami melafazkan cerai.

Terbaru, Sharnaaz Ahmad menerusi Berita Harian menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dirinya dayus dan sengaja melengahkan proses penceraian.

Demi anak

Pelakon ini memberitahu sukar untuk menjelaskan isu memandangkan keutamaannya adalah anak, Jebat Jayden. Kata pelakon Juvana ini lagi, perkara ini memang nampak mudah tetapi sebenarnya rumit.

Nampak macam tidak patut saya lengah-lengahkan semua ini. Hakikatnya, tampak mudah, tapi rumit.

Apa yang saya lakukan ini demi anak atau lebih tepat sebagai bapa kepada Jebat.

Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi, saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka.

Soal Nabila sudah tidak mahu saya lagi, itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa-apa jika orang sudah tawar hati.

Memberi respon kepada pernyataan Nabila yang sudah tawar hati, Sharnaaz Ahmad faham dan tidak boleh berbuat apa-apa. Malah, dia mengakui kesilapan dan tidak menyalahkan sesiapa.

Saya yang lalai

Saya tidak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku mahupun menuding jari. Saya tak cakap diri ini betul dan dia salah… Saya yang lalai.

Saya percaya pada akhirnya, orang di luar akan tahu apa sebenarnya terjadi. Saya tak boleh hentikan andaian atau apa saja orang luar fikirkan. Mungkin ada yang betul dan sebaliknya… Terpulang. Apa yang saya mahu akan diumumkan kelak

Saya jadi lebih kuat tanpa perlukan sesiapa kecuali Allah. Saya dapat lihat transisi diri daripada anak muda menjadi lelaki dewasa

Apa terjadi saya harus berterima kasih kepada Nabila.

Katanya lagi, sejak kemelut rumahtangga ini berlaku, dia tidak menegakkan benang yang basah sebaliknya menganggap ujian ini mematangkan dirinya.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×