berita

‘Saya Mahu Pihak Polis Mohon Maaf’ – Eizlan Yusof

July 16th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, anak penerbit dan pelakon, Datuk Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof Idris, terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Sekinchan, Kuala Selangor.

Terbaru, ekoran dari peristiwa tersebut, pelakon itu menuntut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menjejaskan reputasi diri dan keluarganya berikutan penafian penglibatan anaknya dalam kemalangan tersebut.

Bimbang terpalit tuduhan menipu

Menerusi laporan Kosmo, kenyataan pihak polis menafikan penglibatan anaknya dalam kemalangan itu seakan memberi gambaran dirinya sebagai seorang penipu. Tambahnya, dia turut bimbang jika anaknya terpalit tuduhan menipu berikutan tindakan polis yang tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kemalangan yang berlaku.

Saya mempunyai bukti dan pengesahan perubatan dari Hospital Tunku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bahawa anak saya terlibat dalam kemalangan berkenaan. Bagaimana pula pihak polis boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Zareef tidak terlibat dalam kemalangan itu.

“Saya kecewa apabila polis menafikan anak saya tidak terlibat dalam dan perkara itu memberikan gambaran negatif terhadap saya, anak dan kru penggambaran. Saya tuntut polis melakukan permohonan maaf dalam semua platform media cetak dan elektronik sebelum 31 Julai ini.

Bawa isu ke mahkamah

Tambahnya lagi, jika permohonan maaf tidak dilakukan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini ke mahkmah.

Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini. Apa yang saya tuntut mudah iaitu mahu mereka membuat permohonan maaf. Sekiranya gagal, saya dengan berat hati terpaksa membawa isu ini ke peringkat seterusnya.

Kereta yang dipandu ibu saudara Zareef iaitu Nur Zuriati, terlibat dalam kemalangan setelah bertembung dengan sebuah kereta lain. Menerusi laporan Kosmo baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon menafikan penglibatan Zareef dalam kemalangan tersebut.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×