berita

‘Saya Malas Nak Layan Golongan Terpaling Itu Ini’ – Shila Amzah Perjelas Sebab Tak Boleh Berpuasa

March 31st, 2024 | by Maya
Kini Trending

Penyanyi Shila Amzah tampil menjelaskan sebab dirinya tidak dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Artikel berkaitan: Hati Shila Amzah ‘Mendidih’ Ada Individu Berstatus Ibu Keluarkan Kata-Kata Jahat? – ‘Jaga Lisan, Awak Juga Ada Anak’

Artikel berkaitan: ‘Tak Nak Keluar Rumah & Jumpa Orang Langsung’ – Shila Amzah Kembali Diserang ‘Anxiety’ Semasa Hamil

Ketahanan badan berbeza

Menerusi hantaran di Instagram, Shila menyatakan setiap wanita hamil mempunyai ketahanan badan yang berbeza.

Selain sedang sarat mengandung lapan bulan, dia mengalami masalah tekanan darah atau hemoglobin (HB) rendah dan juga pembawa thalasemia.

Saya pembawa thalasemia makanya memang masalah tekanan darah rendah ni tak dapat dielakkan.

Jadi jangan lah kata ‘oh saya HB rendah boleh je puasa’. Badan orang kan lain-lain lagi pula saya mengandung. Mana lah boleh sama kan betul tak?

Allahu ada dua golongan yang saya cukup malas nak layan. Golongan ‘baik beli’ dengan golongan ‘terpaling itu ini’.

Sering berasa pening

Dalam pada itu, pemilik nama Norshahila Amir Amzah ini memberitahu masalah tekanan rendah membuatkan dia sering berasa pening dan hampir pitam.

HB rendah ni memang agak masalah. Jalan sikit pening, berdiri lama pening.

Ada satu hari tu nak pergi beli barang keperluan dengan Ubai, Ya Allah nak pitam pula. Makan ubat semua dah tapi itulah dugaan nak buat macam mana.

Doakan saya dan baby selamat sampai bersalin nanti, Insya-Allah.

Terdahulu, temu bual bersama Shila mengundang persoalan daripada netizen gara-gara dia tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadan ini kerana tekanan darah rendah serta tidak disarankan oleh doktor.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023.

Sebelum ini, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun telah bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×