Jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang hanya memberi pujian ketika dirinya meraih kemenangan dan mengecam apabila berlaku kekalahan dalam usaha mengharumkan nama negara.

Artikel Berkaitan: Jojo Ghazali Mengaku Dah Lama Jalin Cinta Dengan Kekasih – ‘Kalau Ada Yang Patah Hati, Saya Tak Boleh Buat Apa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’

‘Kepada pembenci…’

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, 19, berkata disebabkan pemikiran kolot seperti itu ia membuatkan Malaysia menjadi mundur.

Kepada pembenci saya yang dari Malaysia, sebab kamu semualah negara kita tidak boleh sampai ke tahap seterusnya.

Kamu semua jangan harap la nak buat saya koyak dengan komen-komen bahalol. Saya malu dengan pemikiran sampah orang saya sendiri.

Kata Johan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Jojo, seawal umur 18 tahun dia sudah mengorbankan nyawa di atas gelanggang demi mengangkat nama negara.

Jelasnya sebelum ini ketika dia berhasil menjulang piala, rakyat Malaysia memberi sokongan penuh namun apabila tewas mereka menunjukkan sebaliknya.

Datuk saya mempertaruhkan nyawanya sendiri demi negara ni.

Bapa saya berkhidmat untuk negara dan adik beradik semua wakil Malaysia di peringkat yang tertinggi, tapi untuk apa?

Masa saya berada di atas (menang) bukan main. Tetapi bila jatuh, keluar perangai sebenar rakyat kita.

Fokus kepada yang menyokong

Terkesan dengan sikap sesetengah warganegara ini, Jojo berkata dia akan mula untuk memberikan perhatian penuh kepada mereka yang menyokongnya sahaja.

Bagaimanapun, Jojo berkata komen negatif yang diberikan tidak memberi kesan kepada dirinya.

Kamu semua cakaplah apa yang nak dicakap. Saya berlagak ke, kejar glamour ke.

Tapi jangan lupa, disebabkan saya usaha mengejar glamour, yang tidak glamour pun boleh jadi glamour.

Bermula dari sekarang saya hanya mementingkan diri saya sendiri dan orang yang betul-betul sokong saya.

Ubah lah pemikiran bangang ni. Malaysia boleh tapi rakyat dengki. Kamu semua fikir saya akan koyak ke dengan apa yang kamu semua cakap?

Pemikiran kita berbeza, sebab tu saya yang berlawan dan kamu hanya sekadar penonton.

Terdahulu, Jojo dilaporkan telah tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi penuh sengit ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Sumber: Instagram