berita

Saya Malu – Viral Raba Poster Model Shell, Gadis Ini Luah Perasan Terkilan Gurauan Malampau

July 3rd, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kadang-kadang bukan semua perkara boleh dianggap sebagai gurauan, ada sesetengah isu perlu diambil serius apabila melibatkan maruah orang lain. Seperti yang terjadi kepada gadis Shell baru-baru ini, posternya yang diletakkan di stesen minyak seluruh negara itu menjadi bahan gurauan yang melampau.

Ramai yang turut marah dan tidak berpuas hati dengan sikap biadap mereka ini termasuklah empunya badan sendiri, Nor Shafila.

Mereka mungkin mahu bergurau

Tindakan biadap sekumpulan lelaki ‘mencabul’ bahagian sensitif pada poster gadis Shell baru-baru ini mengundang kemarahan netizen. Malah empunya badan, Nor Shafila turut tidak menyangka niatnya bergambar untuk poster yang bertujuan menceriakan pelanggannya mengheretnya ke situasi sebegini.

“Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster…tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya

Katanya, selama ini beliau tidak mengambil serius apabila terdapat pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi ‘nakal’ seperti mencium, mencuit hidungnya atau memeluknya ketika bergambar dengan posternya di stesen-stesen minyak Shell di seluruh negara.

Bagaimanapun, apabila gambar posternya seolah-olah ‘dicabul’ oleh beberapa lelaki menjadi tular, beliau berasa malu dan sedikit marah kerana menganggap ia keterlaluan.

Saya bukan siapa-siapa nak hukum orang

Nor Shafila atau lebih mesra disapa Ila berkata, beliau sedar tidak mampu menghalang orang awam daripada melakukan aksi-aksi keterlaluan apabila bergambar dengan poster berkenaan yang dipamerkan hampir di semua stesen minyak Shell.

“Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya harap janganlah ada yang bergambar macam tu lagi lepas ni.

“Boleh bergurau, tapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Sebelum ni pun viral sebab ramai terkejut dengan poster saya, ada juga yang patahkan tangan dan air mineral pada poster, saya OK saja,” katanya.

Beliau juga tidak terfikir untuk mengambil tindakan keatas individu yang ‘mencabul’ poster gambarnya, malah memaafkan sahaja mereka. Tetapi jika lepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin dia akan fikirkan sesuatu.

sumber : mstaronline

SKIP THIS AD ×