Usahawan kontroversi, Anes Ayunie bersyukur dapat meluahkan isi hati selepas ketegangan melibatkan rakan usahawan Farhana Zahra dan bekas abang ipar, Iqbal Zulkefli.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayunie Kongsi Momen Siti Jamumall Tertidur Di Kerusi Masa Shopping Baju Baby, Netizen Simpati – ‘Kasihan Dia Stres, Penat Lagi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Stres, Keguguran Dua Kali & Syarikat Pun Dah Tutup’ – Ayunie Kongsi Keperitan Hidup Siti Jamumall

‘Alhamdulillah, lega. Tenang’

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Ayunie atau nama lengkapnya Anes Ayunie Osman, 23, berkongsi bahawa perbincangan yang berlangsung telah membuka ruang untuknya menyuarakan sisi cerita yang selama ini terpendam.

Alhamdulillah. Lega. Tenang. Hari ini, Allah izinkan satu kelegaan besar dalam hidup saya.

Dalam pada itu, Ayunie turut merakamkan penghargaan kepada Farhana Zahra atau lebih dikenali sebagai Cikna kerana sudi mendengar dan memberi ruang untuknya berkongsi dari sudut pandangnya sendiri.

Terima kasih Cikna, kerana beri ruang untuk saya luah dari sisi saya. Yuni janji, akan terus hormat dan pegang Cikna sebagai guru selamanya. Semoga Allah balas semua kebaikan Cikna. Besar sangat maknanya buat 

Tidak terhenti di situ, Ayunie turut menceritakan kepada Iqbal kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Weldan yang sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut Ayunie, selama ini dia mendiamkan diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Untuk Iqbal, segala luka dan kebenaran tentang adik awak (bekas suami saya) Yuni dah ceritakan tadi Bukan niat nak membuka aib, tapi untuk membershkan hati yang lama terluka. 

Yuni tahu Yuni pun banyak khilaf. Tapi Yuni mash simpan banyak perkara dan aib demi anak, dan demi menghormati ayah kepada anak Yuni.

Dalam kesempatan itu, Ayuni turut memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin pernah tersinggung dengan tindakan atau kata-katanya sebelum ini.

Dan buat semua, Yuni hanya manusia biasa. Tak lari dari dosa dan kesilapan. Jika pernah menyakitkan sesiapa, maafkan Yuni. Hari ini Yuni mula belajar melepaskan, demi tenang yang Allah sedang beri.

Sumber: Instagram Ayunie