berita

Saya Masih Disayangi – Adi Putra

November 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jelajah Anugerah Skrin 2013-61

Umum tahu bahawa isu skandal yang melanda pelakon pujaan ramai, Adi Putra masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Sejak kontroversi ini diperkatakan kira-kira dua bulan lepas, ramai peminat dan media yang tertanya-tanya tentang status sebenar kes tersebut.

Namun begitu, populariti Adi Putra nampaknya langsung tidak pudar kerana peminat masih lagi teruja setiap kali melihat aktor ini muncul di khalayak ramai.

Perkara itu jelas terbukti apabila ketibaan Adi Putra bersama isteri dan anaknya di majlis Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2013 di pusat membeli-belah The Curve, Damansara semalam disambut dengan sorakan gembira oleh penonton yang hadir.

Menurut Adi, segala kontroversi yang timbul mengenai dirinya sedikit sebanyak memberi kesan positif di dalam kerjayanya, apatah lagi dia kini sedang rancak mengembangkan perniagaannya.

Jelajah Anugerah Skrin 2013-55

Adi Putra tetap bahagia di samping isteri dan anak

Alhamdulillah dengan khabar angin tersebut saya telah memperoleh perkara lain pula iaitu perniagaan saya. Ia langsung tidak menganggu kehidupan dan kerjaya saya.

Malah, desas-desus yang mengatakan Adi menggunakan orang atasan untuk menggugurkan kesnya juga seakan tidak memberi kesan langsung kepada pelakon ini.

Terpulang pada apa yang orang nak katakan, saya tak kisah. Sebaliknya saya bersyukur kerana itu tandanya saya masih disayangi dan orang masih mengambil berat tentang saya.

Untuk pengetahuan anda, Adi kini sedang mengusahakan perniagaan keperluan mandi berjenama Hadaz untuk keperluan masyarakat di Malaysia.

Dalam masa yang sama, Adi menegaskan akan tetap berkongsi dengan para peminatnya mengenai keputusan kes skandal tersebut apabila tiba masanya.

Buat masa sekarang, saya masih menanti penyelesaiannya. Saya juga berpegang pada janji untuk berkongsi keputusannya nanti.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto Adi bersama isteri dan anaknya untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×