berita

‘Saya Mati Kerana…’ – Sempat Tulis Nota ‘Bunuh Diri’, Pembantu Perubatan Maut Dipercayai Terjun Bangunan

January 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu perubatan telah ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari bangunan tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak. Difahamkan, mangsa juga dikatakan sempat meninggalkan nota kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Dipercayai terjun dari tingkat tiga

Memetik laporan Kosmo Online, mangsa yang berusia 39 tahun itu nekad dengan keputusannya untuk mengakhiri hidup kerana dipercayai tertekan dengan masalah kesihatan yang dialami. Menurut sumber, kejadian itu hanya disedari selepas seorang pengawal keselamatan menemui mangsa yang sudah terbaring di kawasan tempat letak motosikal di hospital berkenaan.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz memaklumkan kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang bertugas di wad tingkat tiga di hospital tersebut sambil menunggu keputusan rawatannya.

Sempat tulis nota

Sekadar gambar hiasan

Malah, rakan mangsa juga mendakwa ada menemui nota ‘bunuh diri’  dalam beg mangsa. Selain itu, rakan-rakan mangsa yang lain mendakwa sejak beberapa hari lalu, mereka sering melihat mangsa berada dalam keadaan murung. Walaupun begitu, mangsa langsung tidak berkongsi masalahnya itu kepada mereka.

Nota tersebut bertulis, ‘saya mati kerana saya tidak boleh tahan masalah kesihatan saya tidak boleh berfikir normal sorry (maaf) amma, Sumana dan kawan-kawan semua saya tidak mahu susahkan lagi u (awak) semua.

Sementara itu, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi.

Sumber: Kosmo Online, Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×