
Selepas menjadi tumpuan gara-gara isu penampilannya di konsert Elite dan balasan pedas terhadap kritikan netizen, penyanyi dan pelakon Linda Rafar tampil dengan perkongsian terbaru di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Team Sudah Cuba Sedaya Upaya’ – Linda Rafar Perjelas Isu Penampilan Ketika Konsert, Akan Rujuk Keluarga Soal Pakaian
Artikel Berkaitan: ‘Ustazah Ke?’ – Linda Rafar Bidas Komen Tegur Isu Aurat, Netizen Anggap ‘Kasar’
Linda maafkan semua orang

Menerusi satu hantaran di Threads, Linda atau nama lengkapnya Azlinda Abdul Rafar, 47, memaklumkan bahawa dia memilih untuk memaafkan semua pihak yang pernah melemparkan kata-kata buruk terhadap dirinya.
Di hari yang mulia ini, saya Linda Rafar dengan rasa rendah hati akan memaafkan sesiapa sahaja yang berkata-kata buruk terhadap diri saya
Pelantun lagu Sujud ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang selama ini memberi nasihat dan mengambil berat serta menyayangi dirinya.
Yang memberi nasihat ikhlas, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana masih sayangkan Linda.
Sesungguhnya saya insan yang tidak pernah sempurna di mata anda. Segala yang terbaik dan sempurna hanya daripada Sang Pencipta Allah SWT.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, yang rata-ratanya berpendapat bahawa tindakan Linda itu merupakan langkah matang selepas kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini.
Komen netizen

Sumber: Threads Linda Rafar





![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)

